Pada 23 dan 24 November yang lepas, sahabat saya Norisham @ Zen dan saya telah menerima jemputan untuk berkongsi pengetahuan dengan grup/kumpulan dari Media Harapan Johor.

Yang sebenarnya, saya telah di perkenalkan kepada Wak Din, seorang figura yang menarik oleh saudara Fendi dan saudara Shukri Hashim. Wak Din ialah salah seorang penggerak utama Media Harapan Johor.

Saya menerima pelawaan ini dengan cabarannya ialah untuk menjadikan keseluruhan peserta dewasa yang terlibat ini mendapat pengalaman membina laman web yang teratur dengan memanfaatkan CMS di wordpress.com.

Sebenarnya, semangat saya agak pudar untuk menjadi orang yang proaktif dengan berkongsi pengetahuan. Setelah sekian lama saya berkecimpung dengan server, web, grafik dan foto: ada banyak ketika kehadiran saya di dalam suatu grup umpanya tidak menjadikan grup tersebut mesra dengan apa yang saya hendak kongsikan. Wahai anak bangsa, silalah mesra untuk berkongsi ilmu.

Beberapa hari sebelumnya, saya dengan kasar dan angkuh telah dinafikan hak “mengungkit” di dalam sebuah koperasi yang sama-sama saya terlibat semasa penubuhannya. Malah “saya” dan “ungkitan” saya dipandang enteng oleh mereka yang hadir. Tidak semua yang menyerang, tetapi yang mendiamkan diri itu sesungguhnya terpikullah tuan-puan dengan amanah untuk mentadbir kewangan dan perjalanan koperasi tersebut.

Percayalah saya, hanya ingin bertanya kenapa hak ahli-ahli tidak dijalankan dan ditadbir. Jika ada kepesongan, atau “conflict of interests” telah berlaku, mengapa ia tidak diminit dan dibincangkan dengan pembentangan serta dokumentasi.

“Verbal communication” di antara tuan-puan dengan pihak terbabit perlulah dikemukakan dalam transkrip. Supaya ia boleh diaudit dan setara dengan perlembagaan atau undang-undang yang tuan-puan meterai bersama semasa penubuhan koperasi. Oopss! Jangan tuan-puan kata kerana nak memudahkan sampai semua aspek tuan-puan ambil mudah. Jika terang-terangan ada kesalahan data dalam pelaporan kewangan, adakah itu boleh dimaafkan? Mana perginya peranan Juruaudit dalaman? Jika di peringkat koperasi ini masih 3-4 tahun operasi, perkara kritikal begini boleh dipandang enteng, percayalah ia akan berterusan. Kita bukan budak-budak sekolah yang bikin berniaga tikam nombor. Jadilah profesional dengan beriltizam lah untuk berbuat demikian.

Semasa saya menyampaikan kursus intensif kepada grup Media Harapan Johor, saya sampaikan beberapa tips yang dikongsikan oleh sahabat saya Dr. Mohd Shahril Nizam Shaharom.

Apa yang menarik perhatian saya pada ketika itu ialah berkenaan dengan “Prediction”.

Antara jangkaan saya yang saya sampaikan di dalam kursus ialah berkenaan 12.12 oleh Lazada dan juga e-commerce lain.

Jangkaan ini, menurut Dr. Shahril, adalah sebagai suatu bentuk jangkaan kepada kesimpulan dari parameter yang diambil kira semasa membuat hipotesis. Ia bukan daripada mimpi semata-mata. Sebab adakalanya, memang terbawa-bawa sampai mimpi.

Oleh kerana hadirin saya ialah grup penggiat media, maka saya tekankan dengan amalan penggiat media yang telus dan bukan manipulasi berita. Ini yang saya belajar dari sahabat saya saudara Khairul Azman Zainuddin.

Sebenarnya, saya belajar dari ramai sahabat. Tidak tersebut satu persatu di sini. Cubalah tinjau sahabat-sahabat saya di FB saya ya. Ada di antara nya, ada dalam “friend list” di situ. Oleh yang demikian, saya cuba menghargai setiap tali persahabatan yang ada. Saya bukanlah manusia yang sempurna. Ada terkucil sana sini. Jadi saya pohon ampun dan maaf di atas setiap kekhilafan saya.

Saya hanya seorang penjual penapis air je pun.

Jumpa lagi ya, insyaAllah.

Leave a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: