• 19th September 2008 - By uɐıɟɐs pɐɯɥɐ ıuı-ɐɥɐs

    Kebiasaannya aku akan keluarkan RM10 dan taruh dalam kocek baju untuk ke Pasar Ramadhan (Param). BIla sudah selesai membeli belah juadah, apa yang tinggal dalam kocek cumalah beberapa helai RM1 dan beberapa keping syiling. Juadahnya ? Sebungkus nasi berlauk (kadang2 nasi ayam), sebungkus air, sedikit kuih muih.

    Sungguhlah sederhana sahaja, tetapi belanja nya sungguhlah tidak sederhana. :P

    Hari ini memang berbeza dengan 10-20 tahun dahulu. Tidak dapat dinafikan, pelbagai kemajuan moden menyusuri segenap pelosok dunia. Tetapi, wang sudah menjadi tekanan yang semakin menjadi2 sekarang ini. :P Banyak aspek yang menuntut kewangan di masa kini. Tidak hairanlah, kalau nak bercakap, nak kencing-berak, nak ke mana-mana pun perlukan duit (ataupun mulut yang manis).

     

    Selamat berpuasa.

    Berbuka RM7.50

    Berbuka RM7.50

    Related posts:

    1. Satu kembara
    2. Nuyer 2008
    3. My ride
    4. Chan Mali Chan
    5. Ke BP dan Kajang
  • 4 Comments to “Break Fasting with RM10”

    • bani on September 20, 2008

      ikut la cara aku. mkn kueh mueh je.. sebab aku memg tak slera nak sumbat heavy metal food di kala berbuka. so, jimat lah. kat utara sini pun hrga mkanan dan kuehmueh dah mcm harga kat kl. tp aku rasa kl murah lagi kot.

    • sahaini on September 21, 2008

      aku pun sumbat nasi ajelah. ikut mud jugak. kadang2 nak mula makan nasik tu, aku layan kueh mueh aje dulu bro. kekadang tu, minum air, kurma sebijik dua, kueh yang lembut, kendian ambik maghrib dulu. baru kemudiannya layan nasi dan lauk pauk.

      makanan di KL mcm gitulah harganya. kebanyakan dah mula dengan RM4 sebungkus untuk nasi, mee, atau makanan siap.

      kueh mueh, ada yang dah kira pat posen seketul.

      air. huh! tak kurang singgit.

      kadang2 dah rasa mcam makan kat fasfud restoren. :P

    • zayck on September 22, 2008

      selamat berpuasa!
      selalunya kita kat mutiara damanasara dpt berbuka & sahur kurang dr RM10, alhamdullilah :)

    • sahaini on September 22, 2008

      zayk : apa menunya tu? ini mesti mengorat abang yang jual lauk nih, tu yang dapat kurang RM10 tu. kan kan kan?

      Lama tak dengar khabar? sibuk dengan memfoto indie ke?

    Leave a Reply