•  

    Hari bapa menjadi tajuk khutbah di Solat Jumaat yang lepas. Kebetulan pula aku bersolat jumaat di masjid yang sama dengan saudara Faizal. (Kami panggil dengan nama Faizal Bentong). Kemudiaanya kami bertemu setelah habis waktu bekerja di Bangsar. Faizal sedikit tidak selesa dengan cara khutbah begitu. Pada pandangannya, usahlah terikut dengan sambutan yang pada wacananya, bukanlah sesuatu yang baik bila meraikan hari bapa yang bersempenakan kepercayaan bukan Islam.

    Jika hendak di bidas, tentulah panjang bicara kedai kopi kami pada petang Jumaat itu. Tetapi nampaknya semua yang minum petang bersama, sekadar menganggukkan kepala tanda menerima kata-katanya. Tak perlulah bertelagah dengan hal begitu, kalau adapun. Seterusnya cerita hari bapa berpindah ke topik lain. Sehinggalah ke topik lalat yang diciptakan Allah sebagai racun dan penawar.

    Jangan pula ada yang makan lalat disebabkan dangkaan sebagai penawar. Perlu dengarlah ceritanya terlebih dahulu. :P  

    Oh… Di atas itu ialah anak buah aku yang kedua. Gambar ini dipetik di hadapan rumah Pak Long yang pada masa kami datang itu tiada di rumah. Sebelum masuk ke kereta dan meneruskan perjalanan pulang ke Rawang, aku petik gambar Ummi Safiah yang jarang ada dalam koleksi aku. Nampak menarik kan? Memang warna hijau mempunya variant tona yang menarik. Sebab itu kita selesa dengan warna hijau alam.

    Petikan lagu kanak-kanak Chan Mali Chan yang popular sewaktu aku kanak-kanak dahulu, aku tambahkan sebagai penyedap mata dan fikiran. 

    Below is the full verses of the song.

    chan mali chan

    dimana dia anak kambing saya?
    anak kambing saya yang makan daun talas
    dimana dia buah hati saya?
    buah hati saya bagai telur dikupas

    chan mali chan, chan mali chan
    chan mali chan, ketipung payung

    di mana dia, anak kambing saya?
    anak kambing saya main di tepi sawah
    di mana dia, cinta hati saya?
    cinta hati saya yang pakai baju merah

    di mana dia anak kambing tuan?
    anak kambing tuan di atas jambatan
    yang mana dia si bunga pujaan?
    si bunga tanjung dihujung dahan

    kalau nak tahu anak kambing saya
    anak kambing saya di dalam bilik
    kalau nak tahu intan payung saya
    intan payung saya yang kecil lah molek

    di mana dia anak kambing tuan?
    anak kambing tuan yang bulunya kuning
    yang mana dia buah hati tuan?
    buah hati tuan yang putih lah kuning

    Related posts:

    1. Satu kembara
    2. Hari yang mendung
    3. Seafood
    4. Nuyer 2008
    5. Tea time with kengkawan
  • 3 Comments to “Chan Mali Chan”

    • jun on June 17, 2008

      lama x nyanyi lagu ni..tune lari la, hehe

    • surfercine on June 17, 2008

      Good childhood song. :)
      Those old days…

    • sahaini on June 19, 2008

      Kak Jun, hahaha, kita yang kat umah ni pun nak menyanyi asik terlupa lirik. Tune, dah sahih lari! hehehehe.

      Surfercine, agreed with you! :P

    Leave a Reply