Skip to content


Etika vs akhlak

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

Salam pemula bicara.

Kerja harian aku untuk sepanjang dari tahun 2002 hingga sekarang yang banyak menyara pembiyaan kehidupan aku ialah di sebuah institusi kewangan. Syarikat swasta yang dikenali di Malaysia.

Institusi kewangan ini biasalah, kita akan berurusan dengan pelbagai lapisan masyarakat. Sama ada yang fasih bercakap bahasa kebangsaan, ataupun yang hanya fasih membelit kan lidah dengan lentok gaya bahasa asing, mahupun bahasa ibunda masing-masing, dan jangan berlagak terkejut sangat kalau aku bilang ada juga yang berbahasa isyarat sahaja dalam urusannya.

Kalau dibelek-belek bukuk berkaitan komunikasi tentu ada disebut matlamat komunikasi. Antaranya ialah mencapai persefahaman di antara pihak yang berkomunikasi. Maksudnya pihak A berjaya menyampaikan maklumat yang dia ingin kepada pihak B. Komunikasi berkesan.

Dalam berkomunikasi ada etika dan akhlaknya juga. Kalau seingat aku dahulu dari semenjak aku belajar di tadika polis aku dulu (tadika polis, sebab tadika itu dibiayai oleh PDRM tempatan ketika itu), aku telah di latih oleh guru agar bersopan ketika berkomunikasi. Tak perlu jerit-jerit. Tak perlu ganggu orang lain dengan hanya menggunakan hingar bingar dari mulut kita.

Bila aku di darjah satu, aku di perkenalkan dengan ucapan salam dan selamat oleh seorang guru perempuan. Kesannya, aku ucapkan “selamat malam cikgu!” (tanpa nada seperti yang dipopularkan Upin dan Ipin), apabila aku terserempak dengannya di dalam bas di waktu malam. Ketika itu aku, abah, emak dan adikku menaiki bas ekspres tersebut kerana ingin pulang ke kampung. Yang kelakarnya, aku berdiri tegak hormat bila ucapkan salam tersebut. Agak lantang juga sampai satu bas terkejut. Yang penting bagiku pada masa itu ialah mengamalkan ajaran yang telah diajar di sekolah.

Kenapa aku kisahkan hal etika kali ini ialah kerana, bersetujulah dengan aku, kita di Malaysia, rakyatnya semakin tidak beretika. Kurang berakhlak. Aku percaya ini kerana kita tidak digalakkan begitu. Cuma sekali-sekala kita akan ditegur dan diberi motivasi tentang kepentingan dan kemuliaan berakhlak. Selebihnya, masa kita akan dididik dengan cara macam mana nak jadi kurang ajar. Tidak bertimbang rasa dan pelbagai sifat mazmumah.

Mari kita ingat-mengingat sesama kita secara berterusan tentang akhlak dan juga sifat-sifat mahmudah. Apa itu sifat mahmudah? (aku tinggalkan seoalan ini kepada kamu orang untuk kongsikan sifat mahmudah yang korang tahu dan masih ingat)

——-

Ini benda bawah-bawah nih, fafarafah soh aku buat, katanya wajib.

1. Do you think you are hot???
tak.

2. Upload your favourite picture of you.


3. Why do you like that picture?
nampak macam aku encem je

4. When was the last time you ate pizza??
last week. Yusmizan@Mercumaya belanja. Tapi aku yang ajak.

5. The last song you listened to?
Soldier of Fortune (Deep purple)

6. What are you doing now without this??
Jawab mesej dalam inbox facebook (weh aku ada facebook) ekekekeke

7. What name would you prefer beside yours?
Azman Saini Abdul Salam Babji. ini nama samaran yang selalu buat orang percaya itu nama aku.

8. People to tag
nunjimmimya
hakmal

sham dan chul
arnabpink
kaduke

9. Who is number one?
seorang sahabat yang hangat bercinta

10. Number three is having relationship with??
bini dia (sumpah aku tak tahu pasal awek lain, tak ada, dia baik nih)

11. Say something about number five.
anak tok bilal.

12. How about number four?
jauh di utara. sekarang dah jarang berjumpa.

13. Who is number two?
derang ialah pasangan suami-isteri yang berkenalan disebabkan aku (aku pasti)


Posted in Design, Life.

Tagged with , , , , .


2 Responses

Stay in touch with the conversation, subscribe to the RSS feed for comments on this post.

  1. jun says

    saha..bab nama tu..kalau ye, akak nak panggey salam babji..tiap kali jumpe mmg sah bg salam…(mcm nama org jual karpet tu! ekeke)

    • سهاين احمد صفيان says

      ceit, salam tetap disambut. hik hik hik. (jual karpet, mari mari mari, boleh hutang 2 kali bayar)



Some HTML is OK

or, reply to this post via trackback.



SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline