Jaluran kegemilangan, originally uploaded by Azman Saini Abdul Salam Babji.
Aku masih dirumah ketika perisytiharan 1 Ramadhan 1429H. Alhamdulillah, Isnin ini insyaAllah kita jalani puasa. Kebetulan pula hari ini ialah hari sambutan kemerdekaan Malaysia ke-51, jadi hari Isnin ialah cuti awam tertunda.
Di kaca televisyen aku masih melihat paparan laporan sambutan hari ini. Aku tidak kemana-mana ini hari. Maaflah, Malaysia. Biarlah aku sambut kemerdekaan ini dengan menyediakan diri untuk berpuasa esok.
Aku bukanlah jenis yang selesa dengan kesesakan dan keramaian. Pernah aku ikut seorang teman yang kebetulan bekerja dengan media. Ya Allah, sesaknya manusia dengan sambutan ini. Malangnya, aku tidak berpuas hati bila, pendatang-pendatang asing lebih menyerlah dengan lagak yang kurang menyenangkan. Rakyat tempatan kadang-kadang tenggelam di bumi sendiri.
Malaysia yang pemurah.
Salam kemerdekaan, Salam Ramadhan.
Related posts:
