Salam kepada semua.
Tiga tahun dahlu aku selalu ke daerah-daerah Klang sehingga ke pelabuhan. Atas tujuan kerja. Ini berlaku selama lebih kurang setahun. Kemudiannya aku lebih banyak menghabiskan waktu di pejabat sahaja. Tetapi kebelakangan ini, aku giat juga ke Banting dan Pelabuhan Klang. Masih lagi atas urusan kerja.
Apa yang menarik di Banting? Ini mungkin bukanlah industri yang utama, tetapi terdapat perusahaan makan ringan oleh penduduk tempatan. Aku berpeluang ke sana dan membuat belian keropok-keropok yang di pesan oleh kawan-kawan. Satu perusahaan yang nampaknya maju dan berpotensi pergi lebih lama dan jauh.
Selain itu aku suka menikmati hidangan cendol di tempat letak kereta berhadapan dengan cawangan Maybank Banting. Robi, teman sekerja lah yang selalu ke sini kerana urusan kerja. Wah… Marilah makan cendol, jika tengah hari anda sedang terik.
Kali ini kami ke restoran yang menghidangkan cendol.. Terletak di Jln Nenas, Klang.
Related posts:
