Hello world kepada Marissa Noh Haidir (28 Januari 2009 / 01 Safar 1430H). Tahniah kepada Noh Haidir dan Ija juga kepada atuk dan neneknya.
Antara pengalaman aku menziarah bayi2 yang lahir ke dunia. Kali ini giliran menziarah Noh Haidir pula. Kononnya nak ajak Noh Haidir minum, rupa-rupanya, Noh Haidir sedang sibuk menemankan isterinya di HUKM. Najmi yang telefon dan beritahu aku begitu. Aku pun kata, jomlah kita menziarah. Jiwa pun tak berapa tenteram di pejabat. Baru naik kerja, network tak up lagi. Tutup bukak, tutup bukak PC tetapi ada sistem yang tak dapat nak digunakan juga. Jadi aku telefon Dino, Najmi dan Khairul Azman. Dino, mungkin tak dapat dihubungi pepagi sebab telefonnya mati. Najmi kata, jom ajak Noh (kemudiannya dia kata Noh masuk wad bersalin). Khairul Azman pula masuk kerja tengah hari. Jadi aku berpakat dengan Najmi, jom kita pi HUKM. Raikan orang baru.
Tengahari, bila dah nak keluar pejabat, Dino telefon. Aku kata, kami nak pi HUKM. Noh punya bini mahu beranak lah… Jumpa di HUKM.
Wah wah wah, seronoknya ke hospital. Tengah hari yang terik. Perut lapar. Sampai-sampai ajer, selepas cari kat mana lokasi Noh Haidir, kami buat keputusan jom makan tengha hari. Biarkan Noh sambut baby dulu. Makan di velodrome. Nasi campur, ayam kampung.
Gerai biasa tutup. Leceh betul. Kenapa tutup pulak nih? Stok ayam takde ker? Tak ada pilihan, kami dah sampai. Perut pun dah merengek manja dari tadi. Sebat apa yang ada.
Noh telefon bila kami sedang nak menghabiskan makanan. Dia sangka kami makan di kafe HUKM. Silaplah kawan… ngeh ngeh ngeh (Kasihan Noh). Kami ni mujurlah bukan jenis tak pedulikan kawan. Datang semula ke HUKM dan temankan Noh Haidir makan minum. (Noh dah tak lalu nak makan).
Kenangan hari ini ialah ditujukan buat Noh. Selamat menjadi papa. jangan jadi papajahat. ngeh ngeh ngeh.


*gambar2 di ambil dari iphone najmi
Related posts:

fafarafa on January 30, 2009
alaa tomey nyeee. dh aa nama sedap.
hehhehehhe
saha..ur next. sila kerja keras
muahhhahahahhha
sahaini on January 31, 2009
memang tomey. yep yep yep, aku sedang beruSAHA kerrras!
Minister Of Mind on February 12, 2009
“memang tomey. yep yep yep, aku sedang beruSAHA kerrras!”
teruskan usaha anda untuk mengeraskan lagi…ha3x..
sahaini on February 12, 2009
Sedare Hakmal Rabah,
Amboi yeop! sakan kamu yer, kalau pasey mengeras ni… hahahaha.