Hari ini selepas makan tengah hari di rumah mak mertua, dan setelah mengemaskan meja makan dan sinki, aku pun menyandarkan badan di bangku dan mencapai surat khabar Utusan Malaysia yang telah berwajah baru bersempenakan 2009 ku agak. Antara artikel yang menarik perhatian aku ialah Masjid Cina yang telah siap dibina di Rantau Panjang, Kelantan. Wajah yang terpampang memberi komentar di dalam artikel ini ialah saudara Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah. Artikel versi internet kurang sedikitlah memaparkan foto-foto menarik Masjid Cina ini (versi percuma).
Tempoh hari aku telah pun bersembang-sembang dengan sahabatku Khairil-Iszuddin berkenaan perancangan tahun 2009. Antara benda yang aku nak usahakan pada tahun ini ialah perancangan yang tertunda 2008. Iaitu projek gambar masjid-masjid. Aku dah pun bercerita dengan sahabatku itu, yang aku hendak serius buat projek ini, dan berkehendakkan ianya mempunyai hasil yang boleh dipanggil hasil. Jadi aku bersetuju untuk membentangkan kertas kerjanya pada bulan 2 nanti.
Sementara itu, aku telah pun mulakannya pada bulan 12 yang lalu. InsyaAllah, aku akan umumkan dan kongsikan kepada umum pertengahan bulan 2 ini nanti.
Related posts:


bani on January 29, 2009
Jom kita ke kelantan mencari masjid-masjid yang amat cantik binaannya.
sahaini on January 29, 2009
Jom! (dunno really if i can drag my wife to follow me- seem to me, she is looking forward for shopping. sigh) kendian kita boleh bina “masjid” kamu pulak. kan kan kan?
By the way, i made it un-official announcement here, http://www.mymusolla.net is UP!