• Ketika ini di Tanah Melayu ini sedang sibuk dilanda dengan kecaman-kecaman yang bertemakan Melayu.

    1. Bahasa Melayu pada papan tanda jalan, dalam silibus (sukatan) pelajaran, dan penggunaan di dalam SMS (SMS ialah singkatan kepada Short Message Service). Bertelagah kerana bahasa melayu dipinggirkan. Siapa yang pinggirkan? Dewan Bahasa dan Pustaka yang kena pinggir adalah. Dahulu kalau hendak buat papan tanda kedai, digalakkan tuan empunya kedai merujuk kepada DBP. Tidaklah kelakar ejaannya bila terpampang papan tanda kedai itu nanti. Tetapi, sekali zaman berubah, sekali pemerintah hatinya berubah. DBP pun janganlah selalu tadah sahaja. Agresif lah. Ini bila aku nak rujuk kamus dalam talian, aku pun dah naik keliru, mana satu nak klik. Perkhidmatan kena kencang lah nampaknya sekarang ini. Aku cadangkan, promosi kepada perkhidmatan yang disediakan disampaikan kepada sasarannya. (Susulan nanti aku berhasrat nak buat rebiu DBP pula, insyaAllah).

    2. Ketuanan Melayu dalam institusi Raja-raja, pemilikan tanah, ekonomi (lebih kepada aku-no-money), dan politik (semestinya semua isu boleh jadi bahan politik). Berdebat di Dewan Rakyat pun kita yang kononnya rakyat Malaysia boleh tersenyum mendengar tunggang langgangnya rakyat Malaysia yang “kita lantik” berdebat. Tersalah bahasa, dapat penampar. Sudahlah. Tidak usah tunjuk perangai tidak senonoh kepada umum. Pemimpin kena tunjuk dan amalkan akhlak mahmudah. Kalau sudah rasa tidak berkesan parlimen berpelembagaan itu yang dipraktiskan di negara kita lebih 50 tahun, marilah kita usahakan untuk laksanakan Syura pula. Wahai orang Melayu jangan mengkafirkan sesama Islam. Politik itu sebahagian dari aspek agama. Siapa bilang politik itu bukan aspek agama. Siapa bilang politik itu tidak boleh dibahaskan dalam masjid. Akhlak khatib kenalah cantik, barulah cerita pasal politik. Pendidikan pun kenalah cantik. Ibu bapa pun perlulah cantik akhlaknya. Baru boleh layak bawak anak-anak ke masjid. Jangan campak semuanya ke masjid. Tak tertanggung masjid kalau tiada ahli-ahli didalam masjid itu yang amalkan akhlak. Tidak termampu mereka hendak didik jemaah kalau akhlak ahli-ahli didalam masjid bukan menurut lunas-lunas islam. Bila sudah cantik akhlak, barulah ketuanan Melayu tidak tersanggah.

    3. Seks Melayu yang memang jadi hit carian dalam enjin carian di internet (cubalah keyword aku cadangkan itu, hasilnya memberangsangkan). Kalau dulunya soal seks terhijab kerana adab dan sopan. Sekarang bagai mana pula? Artis, politikus, gadis felda, gadis kampung, pramugara, pramugari, cikgu, cikgi semuanya ada skandal masing-masing. Makin ceruk manusia itu buat skandal, makin syiok orang menontonnya. Makin syiok orang mendedahkannya. Ada juga kes yang menjadi isu negara. Ada juga yang jadi kes terpinggir.

    4. Idola Melayu ??? Lemahnya kita. Aku bukan jenis suka dengan “idiot box”. Tetapi aku tidak sedikit pun menafikan “idiot box” mencapai objektifnya. Kewujudan dan penerimaanya, menjadikan ramai manusia berasa bersalah jika tidak melibatkan diri mengadap “idiot box”. Slogan saluran “idiot box” langsung tidak menunjukkan betapa jahanamnya pembawakannya. Kalau yang pengisiannya bersifat liberal, apa halnya? Yang dikejarkan ialah wang dari perkhidmatan SMS kita.  Yang dihidangkan? Lu pikirlah sendiri. :) Oh, melayu… Oh pemimpin, bantulah Melayu betul-betul. Sampai aku sendiri keliru hendak memilih siapa idola aku sekarang.

    Ku pohon maaf jika terlanjur kata dan mengguris minda.

    Wassalam.

    ????? ????

    Related posts:

    1. Al-kisah kami bekerja berkumpulan
    2. Masjid
    3. Selamat Hari Raya
    4. 3 Syawal 1429H
    5. Seafood
  • 3 Comments to “Melayu. Bahasa, ketuanan, adab dan idola.”

    • Minister Of Mind on March 7, 2009

      Satu lontaran minda yang ikhlas…

    • fafarafa on March 7, 2009

      hehhehehhe….well said bro. jarang ko bangkitkan isu serius. tp sekali berbunyik…haa kau. ambik!!!!! :D :D

    • sahaini on March 10, 2009

      Yeop, insyaAllah ikhlas dengan rendah diri.

      Fafarafah, terima kasih. Mungkin lepas ini semakin banyak bunyi yang bergetar telinga. Tapi dengan harapn aku sampaikan sebagai manusia yang rendah diri. :)

    Leave a Reply