• 5th December 2007 - By uɐıɟɐs pɐɯɥɐ ıuı-ɐɥɐs
    Attending msword course for 3 days from Thursday (22-Nov-2007) to gain some knowledge. Well, i am not totally new with msword. To be honest i am good on manipulating, using and operating msword. Just to be supportive on any my kampung’s activities. Beside, accompanying my mom and this is her first class (expose) to msword. I am admire on her passion shown. Although she is less knowledge in computer, but her will to learn the new-age things made me proud of her.

    Thanks to our facilitator, Encik Fahami and Encik Zul. Being patient in teaching and helping the participant understanding the syllabus. It is not a easy job to communicating while your participants came various ages, youngsters and oldies.

    I brought my camera only on the last day. [to see whole images > click here]

     

    Bangunan Condong

    Cowgals

    Belum habis penat berkursus, kami sekeluarga keesokkan harinya ke Setiawan, Perak. Dalam perjalanan ke Setiawan, kami singgah terlebih dahulu di Teluk Intan. Sedikit kelakar, inilah buat pertama kalinya aku melawat ke menara condong. Bergambar di sekitar bangunan sebagai kenangan. Binaan ini merupakan salah satu “tourism spot” di Malaysia.Hampir jam 1 petang, kami tiba di rumah kenduri yang terletak di Kampung Bintang. Kenduri saudara mara. Sepatutnya kami lama disitu, tetapi programnya berubah bila dalam kesibukan kenduri itu kami tidak dapat beramah mesra dengan keluarga yang ada. Jujurnya, sedikit terkilan bila tidak dapat berkenal-kenalan dengan saudara mara yang datang dari sebelah arwah Toksu Mail. 


    dsc_1427.jpg dsc_1410.jpg dsc_1435.jpg

     

     

    Abah sahaja sibuk dengan ahli-ahli keluarganya. Kami yang “kecil-kecil” macam tidak diendahkan pula. Tak tahu pula kami nak bawa diri, serba tak kena dalam kepanasan terik matahari. Mujurlah Maklong Robiah menjemput ke rumahnya yang berada tidak pun jauh sangat dari situ. Kami bergegas secara konvoi dengan 6 kereta, didahulukan dengan kereta yang dipandu Ain, diekori rapat (takut tercicir) oleh kereta dipandu Abang Asmawi, PakAndak, Pakteh Atan, PakTam Shukri, dan aku. 

     dsc_1404.jpg Struktur bangunan Menara Condong, Teluk Intan
    Lega rasanya dapat lepaskan lelah dan nafas di ruang rumah MakLong Robiah. Ain yang bersusah payah juga mencari bahan untuk mengalas perut. Adat tuan rumah, jika saudara mara datang bertandang mesti nak sediakan keselesaan yang termampu. Alhamdulillah MakLong tidak berkira, dalam keadaan yang dia ada.
     dsc_1389.jpg Azwa, Siti, emak dan abah di dalam Menara Condong
    Kesempatan yang ada, kami bersogheh sedikit. Abah pun bukalah begnya, membentangkan maklumat yang dikongsikan dari PakTam Shukri kali ini. Susur galur dari sebelah arwah TokYeob Ishak.
     dsc_1380.jpg Siti dan anak kucing di kedai kopi, Telu Intan
    InsyaAllah, di masa akan datang akan di usahakan www.inisahaini.com/sogheh yang lebih berisi dan paparan yang terkini dan berguna. Jika saudara mara ada idea cadangan dan bantuan atau sebagainya, boleh berhubung dengan Sahaini di alamat emel sogheh@inisahaini.com. Input anda semua didahulukan dengan ribuan terima kasih.

    dsc_1450.jpg
    Sehingga petang berehat di rumah MakLong Robiah, kami yang bertiga kereta (PakTeh Atan, PakTam Shukri dan aku) bersepakat untuk menziarah keluarga di Labu Kubong, yang telah dilanda banjir pada hari Khamis yang lepas. Rumah PakYeob Ramli yang dengar khabarnya teruk dilanda banjir kerana terletak berhampiran dengan Sungai Laneh. 

    Sebelum sampai ke rumah PakYeob, kami singgah di kedai MakLang Imah di Kroh Hulu. Kemudiannya baru ke rumah PakYeob seterusnya ke rumah Pak Kamin dan bertandang ke rumah PakSu Nan (yang juga dilanda banjir mereka ini).
     Rumah Pak Yeob Ramli Rumah Pak Yeob Ramli, berlatabelakang Changkat Pinggeng
    Tapi cuma kami sekeluarga sahaja yang ke rumah Pak Kamin dan PakSu Nan. Masing-masing dengan haluan sendiri dan berpecah dari rumah PakYeob. Tinggal kami yang ke rumah Pak Kamin dan PakSu Nan yang terletak di tepi sawah bendang (tentu sudah dilanda lumpur). Kami berjamu selera dahulu, dihidangkan oleh MakSu Ha dengan kari daging dan ikan belanak masin. :)

    Dalam jam 8 malam kami beransur menghala ke arah Sungai Siput. Di pertengahan jalan aku singgah ke rumah MakYah, emak angkat yang tinggal di Kuala Kangsar. Dipelawa makan nasi, tapi kami terpaksalah menolak. Perut dah penuh. Aku mengkhabarkan hal pertunanga
    n dan mengunjukkan album gambar bertunang tempo hari. Sekejap sahaja, sebelum hari semakin lewat malam, kami pun beransur ke Sungai Siput. Singgah mengisi minyak dan teruskan perjalan ke Kg Jalong.

    Sampai di Kg Jalong, menjenguk rumah Opah Saerah. Kasihan Opah, terpaksa menginsut untuk buka pintu. Sekejap sahaja, tak sempat juga berjupa Tok Dinor yang sudah pun tidur. PakLang Mat datang seorang diri dari rumah sebelah. Dia tak dapat ke kenduri kerana keretanya ada kemalangan kecil. Dilanggar semasa parking di rumah mertuanya beberapa hari yang lalu.

    Tempat tidur kami di rumah Makcik Kibah seperti biasa. :)
    [to see whole images > click here]

    ::
    photo gallery

    Related posts:

    1. Do u wish 2009 will come a bit early.
    2. Marah-marah
  • Leave a Reply