Skip to content


Para bapak-bapak

Beberapa hari yang lalu aku terima panggilan dari Wan Joha yang membuat panggilan dari UK. Katanya, dia akan pulang bercuti di Malaysia. Dijangka sampai pada 9:30 malam di KLIA pada tarikh 9hb Mei 2009.

Lalu aku pun membuat beberapa panggilan susulan kepada beberapa sahabat untuk memaklumkan perkara ini. Aku aturkan pertemuan sesama kengkawan untuk luangkan masa sedikit dengan Wan Joha dan keluarga yang mempunyai jadual ke Kuantan sejurus sehari selepas mendarat di Kuala Lumpur.

Seronok juga pagi-pagi dah sampai ke tempat berkupul, melihat satu persatu sahabat-sahabat yang memenuhkan janji untuk datang. kelakarnya, dari malam tadi, aku menunggu panggila ketibaan dari Wan Joha. Namun dia berjaya menelefon aku sekitar jam 11:30 pagi setelah hampir 3 jam kami berkumpul tanpa pengetahuannya di Old Town White Coffee, Mentari Business Centre.

Terima kasih kepada yang dapat menghadirkan diri. Kepada yang tak sempat ku maklumkan (aku juga minta bantu Farah dan kawan-kawan lain hebahkan), ku pohon maaf.

wassalam.

Posted in Life.


8 Responses

Stay in touch with the conversation, subscribe to the RSS feed for comments on this post.

  1. fafarafa says

    Ok. Aku tau kita baru jumpa reramai pagi tadi.
    Tapi nak gak tanya. Bila lagi nak kumpul reramai cenggini???

    Nway, I guess we’re having fun today. Thanks for organizing bro

    ~wink~wink~

  2. Minister Of Mind says

    wa..semua bawak budak eh..

  3. Q'ma says

    salam.. bestnya dpt jumpa camtu.. apsal aku tak tau pun korang ada jumpa2 smlm? hmm..

  4. Q'ma says

    salam.. bestnya dpt jumpa camtu.. apsal aku tak tau pun korang ada jumpa2 smlm? hmm..

  5. bani says

    begitu rupanya muka bapak yang pergi hidup di UK. welcome home joha. bagus juga kau balik. jauhkan diri dari wabak penyakit di sana nun.

  6. سهاين احمد صفيان says

    Thanks to u 2 and the others.

  7. سهاين احمد صفيان says

    Haha, begitulah nampaknya. Ini gathering bapak2 budak.

  8. سهاين احمد صفيان says

    Best! ops sorri. Mungkin AJK Jemputan Terjun yang aku lantik, keciciran no telefon kau untuk SMS. Selepas ini, aku cuba informkan perkara2 melalui mailing list yer.



Some HTML is OK

or, reply to this post via trackback.



SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline