• Klik pada imej-imej di atas untuk lihat contoh aksi skrip jQuery Colorbox.

    Sepanjang pernglibatan aku di dalam pembangunan web, aku dapati ramai di kalangan pengguna internet di Malaysia yang masih “baharu” dengan CMS dari Automattic iaitu WordPress. Malah, pendedahan masih belum betul-betul serata ke atas pengguna internet Malaysia yang berbilang bangsa ini. Baru-baru ini (aku telah dimaklumkan awal oleh sahabatku kidino), WordCamp telah berlangsung pada 22 Mei 2010. Ini ialah majlis yang julung-julung kalinya berlangsung dan pertama kali dianjurkan di Malaysia. Aku mempunyai jadual ke Muar, jadi tidaklah berkesempatan untuk menyertainya.

    Aku menggambarkan WordPress mempunyai sokongan dan pembangunan yang pesat semenjak 10 tahun kebelakangan ini. Walaupun secara rasminya kod ini di edarkan bermula pada 2003, tetapi ianya merupakan garapan dari projek yang bermula pada tahun 2001. Buat pengetahuan, semenjak tahun 2006 lagi projek alih bahasa wordpress ke dalam bahasa melayu yang diusahakan oleh kumpulan dari WordPress Malaysia. Jika kita lihat, 4 tahun merupakan suatu tempoh yang sudah melewati usia matang bagi sesuatu pengekodan. Adalah wajar CMS ini mendapat lebih banyak pendedahan dari kalangan pengguna di Malaysia khasnya.

    Di dalam penterjemahan, memang aku akui dan ramai mungkin menganggukkan kepala (kalau tidak banyak pun, sekadar goyangkan dagu sedikit), memanglah menjadi cabaran kepada Bahasa Melayu dengan asimilasinya dan juga globalisasi. (Lihat perkataan asimilasi dan globalisasi – secara tangkas, ramai pengguna Bahasa Melayu sendiri akan tertanya-tanya apa itu asimilasi. Bagi perkataan global, ianya tidak banyak masalah untuk difahami, tetapi tahukan anda, perkataan sarwajagat ialah perkataan Bahasa Melayunya kepada globalisasi). Nah! Tertuduk kan?

    Aku mulakan terjemahan skrip pemalam (palam) untuk Arne Franken bagi jQuery Colorbox ini sebagai inisiatif memperkayakan lagi keterlibatan Bahasa Melayu di dalam dunia teknologi maklumat. InsyaAllah, dari masa ke semasa, ianya menjadi inisiatif yang berkembang pesat seiring dengan pembangunan dunia teknologi maklumat.

    Related posts:

    1. Melayu. Bahasa, ketuanan, adab dan idola.
    2. Merdeka dan Ramadhan
    3. Akaun internet emel pertama aku
    4. Masjid
    5. Dalam gua ada beruang
  • One Response to “Pemalam jQuery Colorbox tersedia dengan terjemahan di dalam Bahasa Melayu”

    • Mizie on August 22, 2010

      Tahniah saudara,
      saya sangat berbangga dengan usaha saudara semua. sebenarnya ramai anak melayun yang mahir dalam it ttp mereka kurang berminat untk mamajukan bahasa mereka dalam dunia digital ini.
      Sangat bangga apabila lihat banyak aplikasi dalam bahasa Melayu.
      Semoga akan ramai lagi teknokrat it akan menyertai usaha membahasamelayukan aplikasi lain, seperti yang dilakukan oleh rakyat Thai atau Indonesia.

      Tahniah

    Leave a Reply