• 10th March 2009 - By uɐıɟɐs pɐɯɥɐ ıuı-ɐɥɐs

    Aku bermohon kepada Allah ?????? ?????? agar dikurniakan kepada diriku dan lelaki-lekai muslimun semua dengan kesabaran dan dipelihara dari keburukan kemewahan dan juga keburukan kemiskinan. Amin.

    Ada hadis Nabi Muhammad ??? ???? ???? ????? yang bermaksud : “sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar”. Alhamdulillah, aku memberi mas kahwin seperti yang dituntut dalam undang-undang nikah kahwin di negeri Johor. Wang hantaran pun seperti yang abah aku cadangkan.

    Jika hendak dibicarakan perihal nikah kahwin sekarang ini, pelbagai wacana boleh terburai dari mulut ataupun fikiran. Kebiasaannya dari mulut semata-mata tidak terbatas dengan yang baik-baik. Bak kata pepatah Melayu “Kerana pulut santan berasa, kerana mulut santan berasa.” Jadi seolah-olah perkahwinan suatu perkara yang bercampur-aduk dengan macam pendapat dan mengelirukan. Rujuklah ulama. Jangan semata-mata pergi kepada satu sumber yang kita rasa sudah memadai, walhal tidak mematuhi hukum syarak.

    Cabaran orang Melayu sehingga hari ini ialah budaya yang menjadi amalan Melayu. Ada yang “bidaah” lagi boleh menimbulkan “fitnah”. Apatah lagi kalau yang boleh membawa haram.

    Oh, bukan aku hendak menjadi ustaz di sini. Aku suka berfikir. Aku hendak luahkan apa yang aku fikir. Kalau tidak aku luahkan, hati aku sakit. Bila hati aku sakit, aku demam.
    :)

    ????? ???? ???????

    Related posts:

    1. Melayu. Bahasa, ketuanan, adab dan idola.
    2. Naik minyak bila harganya pun naik!
    3. Nuyer 2008
    4. Chan Mali Chan
    5. Seafood
  • 4 Comments to “Perkahwinan”

    • Minister Of Mind on March 11, 2009

      pekah pengalaman sedara lalui sehingga menyebabkan fikiran ini dikeluarkan dlm blog kali ini

    • sahaini on March 13, 2009

      Yeop,
      Banyak benda yang mencicip fikiran aku. AKu sedang belajar meluahkannya. Kalau dulu, aku ada buku, jadi tulis apa yanga ku nak repekkan. Tetapi semakin berusia ini, aku makin banyak buku, bersepah-sepah aku merepek. Blog ni, antara yang bagus untuk jadi kawasan luahan fikiran (kalau luahan perasaan, macam meleleh pulak bunyinya). :)

    • Kidino on March 17, 2009

      Jangan kaco Saha… cikgu sekolah tengah cuti… LOL!!!!

    • sahaini on March 21, 2009

      Dino, terima kasih atas keperihatinan itu. hehehehehe.

    Leave a Reply