[flashvideo filename="wp-content/uploads/2008/05/p5230100.flv" /]
Pernah nikmati hidangan makanan laut di tempat yang bagus? Hidangan, tempat dan kemudahan yang bagus? Ciri-ciri yang boleh menjadikan kita rasa teringin untuk datang semula.
Jumaat yang baru berlalu, rakan-rakan sekerja dan aku telah ke persisiran pantai Bagan Lalang yang terletak jauh dari Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan makanan laut. Perjalanan yang tersasar dari peruntukan masa sejam disebatkan laluan yang tersasar dari yang sepatutnya. (sesat). Kami harapkan Anas yang juga terpaksa membuat beberapa pnggilan kepada sahabat yang tinggal di Sepang untuk membantu arah perjalanan.
Bertolak sebaik sahaja waktu pejabat tamat, sekitar jam 5.30 petang dari Bangsar dan menuju ke rumah Tengku Nasri di Putrajaya dengan dua kereta. Anas dan Tengku manakala aku menemani Johari yang memandu keretanya. Rancangannya, kami bergerak ke Bagan Lalang berempat dengan satu kereta. Fazli yang membatalkan penyertaan di saat akhir kerana perlu bersama isteri yang sedang mengandung anak sulungnya. Sedikit kecewa kerana kami tak cukup dari segi penyertaan seperti pakatan asal.
Perjalanan yang tersesat membuatkan perut sedikit menggelupur lapar. Dalam jam 8.00 mlm, tiba ke restoran yang terletak sebahagian pelantar di atas permukaan laut berpantai. Tempah meja dan makanan, dan bergegas ke surau yang disediakan oleh pengurusan restoran untuk tunaikan fardhu maghrib.
Pesanan makanan dibuat oleh Johari, Anas dan Tengku tiba dalam 15 minit selepas kami duduk di meja. Baca doa makan dan mulua menyusun langkah menyudu dan mengaut lauk pauk ke dalam pinggan nasi. Pahat masak goreng pedas ternyata tidak mampu membuka selera ku. Yang lain, Kerapu masak masam manis, udang goreng bermentega, Kailan ikan masin(yang banyaknya batang Kailan), dan telur dadar aku sapu.
Aku masih teringat hidangan yang aku lahap semasa di Pasir Gudang, Johor tahun lalu. Bersama-sama keluarga kecil Dino, Khairul Azman, Abah, Emak dan Siti. Rasanya kalau aku pesan dalam hidangan dan jumlah yang sama, harganya boleh buat Tengku menyesal bawa aku.
Ini membuatkan aku hendak membuat rombongan kedua ke tempat yang sama. Mungkin perlu berpakat dengan Khairul Azman dan Dino seklai lagi. Bila yer? Ahahahaha.
Kami pulang ke Putrajaya bila jam menunjukkan jam 10.00 mlm. Sampai ke Bangsar dalam 11.30 mlm dan aku terus pulang ke Rawang dan sampai sekitar jam 12.15 tengah malam. Alhamdulillah, masih kenyang semasa masuk tidur.
Related posts:

