Skip to content


Sejukkkkkk

Server Room

Okay. Cerita mengikut susunan.(Harapannya tersusun lah).

Suasana raya masih menguasai segenap pelusuk negara. Alkisahnya, 1 gobok komputer-pelayan telah di cabut kabelnya. Astaghfirullah. Sudah tiga hari si pemberi khidmat dengan selamba kodok mencabut kabelnya. Alasannya ialah DDoS… Ye ke? Ha, kita tunggu cerita ini aku habiskan dahulu.

Pukul 3 petang kami ke bilik komputer-pelayan. Alasan DDoS diterima pakai sebagai objektif untuk menangani serangan. Si pemberi servis enggan bekerja sama seperti yang diharapkan. Apa harapan kami? Allahuakbar, si pentadbir sistem pun entah ke mana. Dengar ceritanya dah hantar surat berhenti kerja dengan pemberi servis. Wahhh… Khabar angin yang bergoyang memanaskan hawa dingin yang sepatutnya menyelubungi bilik komputer-pelayan. Bulan depa pindahkan ke pemberi khidmat utama lah nampaknya. >:) Tanak niaga lah dengan kami lah tu.

Oh, kami sebenarnya disambut mesra oleh dua orang pembantu tadbir sistem oleh si pemberi khidmat. Tetapi apalah sangat mereka dapat buat dan beri kata putus dengan segala macam bantuan yang kami perlukan. Karang kalau silap bagi, terdedah pula maklumat rahsia pemberi servis. Alahai si pentadbir sistem. Manalah engkau pergi? Sehinggalah jam mencecah waktu maghrib kami baru keluar dari bilik komputer-pelayan itu. Tiada serangan DDoS berlaku pun. Tapi apa yang kami jumpa ialah dua buah pelayan-komputer yang bukan milik kami telah disambungkan dengan sambungan kabel kami! Opss! Apa cerita? Siapa punya server yang kena DDoS ini sebenarnya?

Ow! Nak laporkan macam mana? Si penyambut tetamu yang melayan kami bukanlah dapat beri kerjasama sangat.

Terima kasih pemberi khidmat. Kami sudah pun bincangkan dan tetapkan tarikh untuk tukar kepada pemberi khidmat utama. Jadi, nanti kita jadi pelanggan kepada pemberi khidmat yang sama. Tak mahulah lagi bayar kepada kamu! muhahahahaha.

Sejuk.

Posted in Sahaini.

Tagged with , , , , , , .


2 Responses

Stay in touch with the conversation, subscribe to the RSS feed for comments on this post.

  1. ininun says

    ada orang cakap kat aku..
    ada orang pesan kat aku..

    “bro..
    untuk kes macam ni..
    selalunya kita kasi iklankan pemberi servis yang maha teruk tu kat the net..
    kasi semua orang tau yang dia sememangnya tak memberi khidmat yang bagus..

    letak la kat memana pun..
    blog ke..
    forum ke..
    janji maksud tercapai”



Some HTML is OK

or, reply to this post via trackback.



SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline