• 8th December 2008 - By uɐıɟɐs pɐɯɥɐ ıuı-ɐɥɐs

    Trio, originally uploaded by Azman Saini Abdul Salam Babji.

    Salam Aidil-adha.

    Hari ini, buat ke sekian kalinya aku diberi rezeki olehNya untuk meraikan Aidil-adha. Kali ini aku, Ariff dan Afiq berpeluang ke Batu Pahat untuk bertakbir dan bersolat sunat Aidil-adha. Ya, di Johor lah tu. Secara perincinya di Sg Jambi, Rengit, Batu Pahat, iaitu di kediaman ayah dan mak Syamsul Bahri (Chul).

    Walaupun sepanjang hari ini hari hujan tidak pula berhenti-hneti semenjak seawal dari jam 2 pagi lagi, tetapi kemeriahan dengan kehadiran dan ziarah saudara mara Chul menceriakan hari ini. (Apa khabarnya mak, abah dan Siti di Rawang agaknya?).

    Terkenang juga kepada insan-insan yang menjadi korban di serata pelusuk dunia dan khasnya kepada mangsa-mangsa timbusan runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang. Innalillahinnailaihi raji’un.

    Related posts:

    1. 3 Syawal 1429H
    2. Salam Ramadhan 1429H
    3. Tea time with kengkawan
    4. Ada wifi ke sini?
    5. Dia tidak bersalah
  • Leave a Reply