Aku telah membawa pulang satu unit mesin yang dilengkapkan dengan Ubuntu 10.04. Kononnya untuk memberi gambaran kepada kakak ipar aku yang agak berminat untuk menggantikan PC yang sedia ada di rumah dengan yang baharu. Oleh kerana router yang sedang digunakan tiada kabel UTP yang cukup panjang untuk sampai dari ruang tengah (router diletakkan di ruang tengah) hinggalah ke mesin ubuntu (yang terletak diruang belakang) yang memerlukan kabel sepanjang 20 kaki (minumum),maka aku mesti menggunakan dongle WiFi sebagai pilihan lain.
Sambil melayan Ammar yang cuba merampas papan kekunci di atas meja komputer, aku cuba memindahkan fail-fail yang diperlukan seperti arahan. (nota: aku telah log masuk sebagai “root” supaya pemindahan fail boleh berjaya)
zd1211-firmware-1.4.tar.bz2 (11)
Jika ada pengguna baru ubuntu yang memerlukan bantuan, sila lah merajinkan diri ke forum-forum ubuntu. ATAU, cuba lihat di “UBUNTU UNTUK MALAYSIA” di http://melayubuntu.blogspot.com/
Aku punya kerja-kerja memasang fail-fail tersebut tidaklah selancar mana kerana perlu melayan Ammar yang kelaparan. Aku berhenti dan sambung semula selepas melayan nafsu makan Ammar. Wah… Ammar makan bubur nasi yang dilenyek bersama lobak merah dan kentang. Lihat sini untuk menu anak bujang aku yang telah disediakan oleh mamanya. (ini bukan menu cafe world oleh zynga dalam facebook!)
Setelah selesai memasang fail-fail kedalam folder yang terbabit, aku mencuba…tadaaaaa! BERJAYA!
Aku senyum lebar… sambung bagi Ammar makan!
Related posts:









DEAN on September 8, 2010
Buy:Petcam (Metacam) Oral Suspension.Retin-A.Zyban.Lumigan.Accutane.Human Growth Hormone.Valtrex.Mega Hoodia.Nexium.Prednisolone.Synthroid.Zovirax.Prevacid.Actos.Arimidex.100% Pure Okinawan Coral Calcium….