Artikel bahasa Melayu kali ini berkisarkan enjin blog popular WordPress. Lebih tepat lagi ialah projek WordPress MU, atau WPMU.
Aku tidak sentuh perihal pemasangan dari sifar, tetapi kali ini cuma tertumpu kepada langkah-langkah mencipta/pengisytiharan sub-blog setelah blog induk dipasang dengan jayanya. Aku menulis artikel ini kerana aku sendiri terlupa bila aku cuba membuat mencipta/pengisytiharan sub-blog setelah tinggalkan blog induk terpasang. Jadi disamping aku sendiri menjadikan artikel ini sebagai rujukan, lebih manis aku kongsikan kepada umum, terutamanya kepada mereka yang selesa dengan artikel bahasa Melayu.
Peringatan ringan dariku, ini adalah langkah-langkah setelah kamu berjaya dengan pemasangan WPMU.
TETAPAN WPMU ialah sub-domain. Seperti contoh ini , (lihat gambar. itusitirahayu ialah sub-domain kepada kelabfotokreatif.org)
Blog induk di dalam bahasa Inggerinya ialah primary blog. Iaitu pemasangan pertama akan menghasilkan blog ini. Seseorang Pentadbir (Administrator), wajib mempunyai capaian (access) kepada blog induk ini. Bila mana seseorang Pentadbir boleh mencapai “Dashboard” seperti gambaran berikut, maka kamu seseorang Pentadbir berada di dalam CMS ini dengan capaian yang sepatutnya. (CMS, Content Management System).
Perhatikan pada menu : layaran (Menu : Navigation), lihat “Site Admin”. Sebagai seseorang Pentadbir, kamu dapat melihat menu : layaran ini. Dari layaran ini, seseorang Pentadbir boleh membuat atau mengubah tetapan laman blog-blog di bawah seliaannya.
Capaian yang diperlukan untuk mencipta/pengisytiharan sub-blog ialah seseorang Pentadbir blog induk dan juga Pentadbir CPanel. Aku senaraikan dua perkara ini, iaitu;
- Pentadbir blog induk pacuan WPMU
- Pentadbir CPanel
Di dalam blog induk, kamu cipta/isytiharkan sub-blog. Di dalam CPanel pula, kamu perlu cipta/isytiharkan sud-domain. Jika boleh ingat, beginilah sifirnya.
- Blog induk : Cipta/isytihar sub-blog.
- CPanel : Cipta/isytihar sub-domain.
Aku cadangkan, kamu perlu ikut aturan untuk buat tetapan (settings) ini. Pertama, cipta/isytiharkan sub-blog di dalam blog induk. Kemudian, melalui CPanel, cipta/isytihar sub-domain.
Blog induk : sub-blog
Dari menu : layaran, klik pada “Blogs”, kamu akan dapat muka tetapan “Add Blog”. Isytihar butiran seperti alamat blog (ini akan memakai aturan sub-domain). Tajuk blog (ini boleh ditetapkan kemudian) dan emel Pentadbir.
Klik bebutang “Add Blog”.
Contohya adalah seperti gambar berikut (sample data inserted):
Alamat blog : tutorial.kelabfotokreatif.org
Tajuk blog : “Mari Belajar Pemasangan WPMU”
Emel Pentadbir : admin@tutorial-wpmu.kelabfotokreatif.org (sekadar contoh, pastikan alamat yang sah).
Butiran alamat blog ialah butiran yang diperlukan untuk padanan di dalam tetapan CPanel kelak. Jangan abaikan butiran tersebut. Langkah berikutnya, kamu daftar masuk kedalam CPanel Webhosting yang kamu guna.
CPanel : Sub-domain
Pentadbir CPanel perlu punya capaian kepada menu : layaran : Sub-domain.
Klik pada Domains : Subdomains untuk membuat tetapan sub-domain.
Gunakan butiran yang sama kamu gunakan untuk alamat blog. Sebagai contoh yang kita gunakan di sini ialah :
Alamat Blog = tutorial-wpmu.kelabfotokreatif.org
Ambil butiran sub-domain iaitu tutorial-wpmu, dan cipta/isytihar di dalam tetapan subdomains di dalam CPanel. (lihat gambar berikut)
Isytihar butiran sewajarnya,
Sebagai contoh ;
Subdomain : tutorial-wpmu
Pilih domain yang sewajarnya. Sebagai contoh ; kelabfotokreatif.org
Isytihar butiran “Document Root”. Ini ialah unjuran pautan fail kamu (path:). Ini bahagian yang penting. Rujuk kepada pemasangan WPMU kamu.
Sebagai contoh; aku memasang WPMU seperti unjuran pautan begini /root/public_html/my-wpmu/
Jadi, unjuran yang aku guna ialah seperti yang sama (/root/public_html/my-wpmu/)
Gunakan tetapan tersebut sebagai contoh.
Lihat contoh tetapan aku berdasarkan butiran contoh.
Setelah selesai dengan butiran dan tetapan di dalam CPanel ini.
Simpan tetapan dengan klik butang “Create”.
Langkah ini, mengakhiri tetapan yang diperlukan untuk menjadikan pengistiharan sub-blog kamu berfungsi sewajarnya.
Untuk menguji tetapan ini, kamu cuma perlu daftar masuk semula ke blog induk dan layari sub-blog. Jika semuanya berjalan baik, kamu patut dapat mencapai sub-blog di URL http://wpmu-tutorial.kelabfotokreatif.org itu (sebagai contoh URL).
Selamat berjaya.
Penghargaan buat : Kidino, www.websegera.myNunjimmimya, www.nunjimmimya.my
Related posts:








Kidino on July 28, 2009
Setting sub-domain di CPanel tak perlu kalau kita dah set wildcard sub-domain pada DNS. Cuba define * sub-domain pada CPanel, yang point kepada root web folder balik. Lepas tu kita bleh define apa2 sub-domain terus. Kalau tak berjaya, minta web hosting tolong set kat * sub-domain pada DNS.
Zoran on July 29, 2009
Hello,
Can i take a one small photo from your site?
سهاين احمد صفيان on August 1, 2009
Sure. Credit/link back to me should be fine.
سهاين احمد صفيان on August 1, 2009
Oh, aku dah buat dalam CPanel juga. Tapi tak berjaya.
Aku akan buat dalam Domain Management pulak lah nanti. TQ bro